Saturday, July 28, 2012

Perbilangan



Perbilangan

A
Air dalam berenang, air dangkal bercebok
Berbelanja biarlah mengikut kemampuan

Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba
Kebijaksanaan dan kepintaran tidak akan ada                                                         dengan sendirinya tetapi datang
beransur-ansur setelah berusaha barulah dapat digenggam

Angin tak dapat ditangkap; asap tak dapat digenggam
Rahsia akan tetap bocor

Apa kurang ada belida; sisik pun ada; tulang pun ada
Cukup serba serbi

Arang habis besi binasa, tukang hembus penat sahaja
Pekerjaan atau perbuatan sia-sia

Asal ayam hendak  ke lesung; asal itik hendak ke perlimbahan
Sifat-sifat dan tabiat semula jadi sukar diubah

Asal besi pengapak kayu; asal emas menjadi pendok
Tingkah laku menunjukkan jenis orang

B

Bagai sirih; menjalar dahulu kemudian melilit, barulah memanjat ke puncak junjung
Buat kerja ikut aturan

Batu kecil berguling naik; batu besar berguling turun
Orang yang  hina boleh menjadi mulia disebabkan harta, dan sebaliknya

Batu  yang keras air pelekuknya; hati yang kerasa lidah pelembutnya
Kata –kata yang lembut dapat memujuk hati  yang keras

Berjalan peliharalah kaki, bercakap peliharalah lidah
Hendaklah berfikir semasak-masaknya apabila melakukan sesuatu tindakan agar tidak mendatangkan masalah

Beranak kandung, beranak tiri; ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang
Sikap tidak adil

Bergalah ke hilir, ketawa buaya; bersuluh di bulan terang, tertawa  harimau
Perbuatan bodoh ditertawakan orang

Berketak ayam mandul: orang berketak dia berketak, orang bertelur ia tidak
Orang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, nasibnya tidak berubah.

Bermimpi mendapat emas; tidakakan membuat pura, tidak akan membuat lombong
Setakat mimpi tidak ada kesannya, melainkan diusahakan

Berpaut tak bertali, berpanggang tidak berapi
Seseorang isteri yang telah lama minta diceraikan tetapi belum terlaksana

Berserah berkebilan, berpesan berturutan, bertaruh dipermalam
Jangan mudah percaya kepada sesiapa walaupun orang itu paling kita percayai



Bersunting bunga keduduk; berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah
Suami isteri  yang tidak sedarjat keturunannya

Bertali boleh diheret, bertambah boleh dijinjing
Sesuatu yang telah mempunyai pedoman yang lengkap

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Melakukan kebaikan biarlah sederhana tetapi jangan skali-kali melakukan kejahatan

D
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
Kasih kepada anak sendiri  dengan kasih kepada anak orang lain tidak sama

Digengam takut mati, dilepas takut terbang
Seseorang yang berasa serba salah dalam memilih sesuatu

Di mana tembilang terhentak, di sana tenaman tumbuh
Menyelesaikan sesuatu perkara di tempat perkara itu terjadi

Dianjak layu, dianggur mati
Sesuatu yang tidak boleh diubah, kalau diubah akan buruk akibatnya

Dijunjung merekah kepala, dipikul merekah bahu
Seseorang  yang lemah tidak boleh membuat apa-apa perkerjaan pun
E
Elok kata alam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Keputusan yang dibuat melalui proses perundingan lebih baik daripada keputusan yang dibuat sendiri

G
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang yang berjasa apabila mati dikenang selama-lamanya

Gayung bersambut, kata berjawab
Mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang

H
Habis geli oleh geletek: habis bisa oleh biasa
Apabila sudah biasa, susah pun tidak terasa lagi

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang  juga
Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun orangnya telah meninggal dunia

Hang tak kurang sanggul; aku tak kurang tengkolok 
Jikalau dia boleh cari lain, kita pun boleh cari lain

Hangus tidak berapi; karam tiada berair
Derita yang tidak kelihatan

Harapkan guruh dilangit, air tempayan dicurahkan
Mengharap rezeki yang banyak tiba, rezeki yang sedikit dihabiskan

Hasrat nak peluk gunung, apakan daya tangan     
 tak sampai
Tidak berdaya mencapai apa-apa yang                                                       dihajati atau dicita-citakan

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Selagi hidup tidak akan lari daripada adat


Hilang rona kerana penyakit; hilang bangsa tidak berwang
Bangsa yang miskin dihina orang

Hutang biduk belum langsai; hutang pengayuh tiba pula
Hutang lama belum dibayar, hutang baru sudah ditagih
Hendak kaya berdikit-dikit; hendak tuah bertabur urai; hendak berani berlawan ramai
Jikalau hendak kaya mesti berjimat; jikalau hendak tuah, mesti murah hati; jikalau berani, mesti selalu mencuba

Hilang rona kerana penyakit; hilang bangsa tidak berwang
Bangsa yang miskin dihina orang








I
Ibarat dedalu api hinggap ke pohon kayu; hinggap di batang, mati batang, hinggap di ranting, ranting patah
Orang jahat, ke mana pergi, dia menyusahkan orang  baik-baik

Ibarat kayu besar di tengah padang; tempat bernaung kepanasan tempat berlindung, kehujanan
Pemimpin yang baik

Ikut hati  mati, ikut rasa binasa
Orang yang mengikut hawa nafsu atau kata hati akan memusnahkan diri sendiri
J
Jerih menentang boleh; rugi menentang laba
Menolong sebab mahu ditolong

Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh arah
Setiap orang ada peranan yang sesuai dengan dirinya

Jika memelihara ayam, musang jangan  dijinakkan ; setidak-tidaknya bertempiaran kelak
Jangan diizinkan lelaki jahat datang ke rumah, demi keselamatan isteri dan anak perempuan

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang;tidak tahu pipit tidak tahu enggang, yang rapat kelak jadi renggang
Apabila sengaja mencari perselisihan, hidup menjadi porak peranda



K
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kalah atau menang dalam sesuatu pergaduhan                                               tidak akan menguntungkan mana-mana pihak

Kail berumpan, berkata bertipuan
Kalau pandai menjaga hati orang, tentu dapat apa yang dihajati

Karam di laut boleh ditimba, karam dihati bilakan sudah
Kesusahan seseorang yang berpanjangan

Ke langit tak sampai, ke bumi tak jejak
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan separuh jalan

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan bukan sahaja ada pada orang tua, tetapi pada orang muda juga

Kera lotong makan; tupai di julai timpa perasaan
Orang besar-besar hidup mewah, orang kecil-kecil hanya melihat

Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan
Kerja yang selalu bertangguh akan terbengkalai

Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
Mengutamakan kerja orang lain daripada kerja sendiri

Kesat-kesat daun pimping; jikalau kesat daun labu boleh dicelur
Walaupun miskin dan tidak berilmu, apabila baik perangai, ada gunanya



Khabar jauh didengar-dengar-khabar dekat difikir-fikirkan
Sesuatu berita yang baru didegnar mestilah diselidik dahulu akan kebenarannya

Kuah sama dihirup, kubur masing-masing
Sama-sama susah, sama-sama senang


Kuman diseberang lautan tampak; gajah dipelupuk mata tiada tampak
Mudah melihat salah orang, sukar melihat salah sendiri

Kurang-kurang bubur; lebih-lebih sudu
Banyak sangat masuk campur atas perkara kecil

Kutu mati di  atas kepala; tuma mati di tepi kain
Jikalau mati, biarlah mati di tempat baik dan dimi tujuan yang baik

L
Labu tak melata ke hulu, kundur tak melata ke hilir
Orang yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain

Lain biduk lain digalang lain bengkak lain menanah
Seseorang menerima padah akibat kesalahan yang dilakukan orang lain

Langit berkelikir bumi bertemberang: salah-salah fikir, jadi hamba orang
Apabila tidak berfikir dengan bijaksana, padah akibatnya

Lengkuas di tepi kandang, tekak puas badan menyandang
Sesiapa yang bersalah akan menerima akibatnya


Laut mana tidak berombak; bumi mana tidak ditimpa hujan
Tidak ada keadaan yang tidak ada cacat celanya
M
Mahal imam murahlah khatib; mahal  demam murahlah sakit
Tidak ada siapa suka sakit, tetapi sakit tidak dapat dielak


Malam berselimut embun siang berselimut awan
Seseorang yang sangat miskin

Malang celaka Raja Genggang; tuak terbeli, tunjang hilang
Mendapat apa yang dihajat, tetapi hilang pula apa yang ada

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
Menegur keburukan orang lain sedangkan keburukan sendiri lebih teruk


N

Nak tahu jahat teman tanyalah seteru; nak tahu baik teman tanyalah sahabat
Kawan tahu baik kawan, lawan tahu jahat lawan

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Menghargai budi orang dan membalas budi dengan budi
O
Orang kenyang dijamu; lauk sedap dikatakan tawar
Berbuat baik tidak kena pada tempatnya


P

Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Tidak membuang masa

Panas setahun, hujan sehari; liput tanjung dengan pulau
Oleh sebab salah sedikit, habs dilupakan segala kebaikan yang ada

Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihina
Jangan sekali-kali menghina orang

Patah dahan tempat bernaung;patah lantai tempat berpijak
Hilang tempat berlindung

Patah lidah alamat akan kalah; patah keris alamat akan mati
Tidak dapat meneruskan kerja apabila kehilangan alat

Payah-payah dilambung ombak, tercapai juga tanah di tepi
Selepas bersusah payah akhirnya tercapai juga cita-cita

Pesan dituruti; petaruh dimalami; berserah berkehendak
Tidak berapa percaya


Pipit tuli makan berhujan; tidak dihalau padi habis; hendak dihalau kain basah
Dibuat susah, tidak dibuatpun susah

Putih tulang dikandung tanah; budi baik dikenang juga
Selepas mati, yang tetap dikenang ialah jasa baik

R
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Keuntungan tidak perlu dilepaskan dan kerugian jangan diundang

Rugi menentang laba; jerih menentang boleh
Bersusah payah sebelum senang


Rumpun bagai serai, seliang bagai tebu
Bermuafakat dalam segala hal

S

Sepuluh kali diukur, sekali dikerat
Bekerja dengan teliti

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
Apabila hendak melakukan sesuatu hendaklah difikirkan dengan baik dan buruknya

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Setelah mendapat sesuatu yang baru, yang lama terus dibuang

Sudu-sudu di tepi jalan, dipanjat kena durunya. Disinggung kena rebasnya, ditarik kena getahnya
Seseorang yang tidak mengaku kalah

Seutas rotan ditarik; bergegar hutan belukar;riuh bunyi kera dan lotong
Apabila seorang dianiaya ; semua keluarga bertindak

Si tidur makanan si jaga; si bingung makanan si cerdik
Orang yang lemah menjadi mangsa kepada yang kuat


T
Tali jangan putus,  kaitan jangan serkah
Apabila kita memutuskan sesuatu perkara hendaklah dilakukan seadil-adilnya sehingga orang lain berpuas hati


Tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas
Sesuatu yang masih elok walaupun masa telah lama berubah

Terkena pada  ikan bersorak; terkena pada batang, masam
Apabila berkawan hendak untung sahaja tidak mahu rugi

Terlampau duka terurai buntil; terlampau suka terurai rahsia
Apabila susah terjual barang simpanan, apabila suka terbuka rahsia

Terpijak tanah kapur, putih tapak, terpijak tanah arang, hitam tapak
Buat baik, baiklah balasannya, buat jahat, jahatlah balasannya


Tertangguk pada ikan dikerutungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga
Lepas muafakat, buruk baik diterima sahaja

Tertangkup sama termakan tanah; terlentang sama terminum air
Senang sama senang; susah sama susah

Terung buah tergantung; lobak buah berlindung
Ada yang suka mempamerkan kekayaannya; ada yang suka menyembunyi-kannya

Tolak tangga berayun kaki; peluk tubuh mengajar diri
Membuang kesenangan

U
Umpama disangka langit itu rendah; dipandang dekat, dicapai tidak kena
Disangka dapat dibuat, rupa-rupanya  tidak

Umpama ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tidak bertanda
Sifat malas baru nampak,  setelah disuruh membuat kerja

Umpama dulu buah daripada bunga;dulu duduk daripada cangkung
Membuat kerja   tidak ikut peraturan

Umpama genting menanti putus; biang menanti tembuk
Konflik yang kritikal

Umpama perut kenyang lapar tak  hilang; minum sejuk haus tak lepas
Susah dipuaskan hatinya

Umpama sirih; menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung
Membuat sesuatu ikut peraturan

Umpama tembilang, umpama penggali;umpama yang hilang begitu pengganti
Yang mengganti sama baik dengan  yang hilang


Y

Yang ditakuk ditebang, yang bergaris yang dipahat
Setiap orang itu harus dilaksanakan mengikut peraturan masing-masing






Perumpamaan
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain.  Ia mengandungi pengajaran.  Biasanya ayat dalam perumpamaan mengandungi perkataan bagai, ibarat, laksana, seperti, macam dan umpama.
  Maksud perumpamaan  ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan-perkataan bandingan sama ada di bahagian pangkal  ayat  ataupun  di tengah ayat. 
Namun begitu perumpamaan juga boleh menjadi bidalan apabila menggunakan perkataan jangan, biar dan ingat manakala  simpulan bahasa boeh menjadi perumpamaan sekiranya dimasukkan kata bandingan seperti, ibarat, umpama, bagai, laksana, dan bak.
Bagai
Kata bandingan ‘bagai’  digunakan untuk menyatakan persamaan atau membandingkan sesuatu benda dengan benda yang laian.  Ia banyak  menggunakan benda-benda  yang berada di persekitaran untuk disamakan dengan sifat manusia atau sesuatu perkara yang berlaku.
            Kata bandingan ini muncul apabila penutur menyamakan suasana yang didalami  atau perkara yang ingin dibandingakan secara langsung.  Kebanyakan penutur tidak suka menyatakan sesuatu yang dialami secara terus, sebab iitulah mereka menggunaan kata-kata peprumpamaan yang demikian untuk menyatakannya.  Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk mengelakkan orang yang disamakan itu terasa atau kecil hati jika sesuatu yang dinyatakan itu tidak elok dan sebagainya.


Bagai
Bagai air titik ke batu
Susah untuk  menasihati seseorang yang degil

Bagai anak ayam kehilangan ibu
Kesusahan yang dialami seseorang apabila dirinya                                kehilangan tempat bergantung

Bagai anak dara mabuk andam
Perempuan yang lemah tetapi tiada penyakit

Bagai anak dara mabuk andam
Perempuan yang lemah tetapi tiada penyakit

Bagai anjing buruk kepala
Orang yang selalu dihina

Bagai anjing dengan kucing
Dua orang yang selalu bertengkar


Bagai anjing mengulang bangkai
Orang yang mengulangi perbuatan yang tidak sopan

Bagai anjing tersepit pagar
Berasa serba salah kerana berada dalam kesusahan

Bagai anjing tidak bercawat ekor
Orang hina yang tidak dihiraukan masyarakat

Bagai api dengan asap
Tidak dapat dipisahkan                               


Bagai aur di atas bukit
Serah diri kepada nasib dan takdir

Bagai aur dengan tebing
Saling membantu antara satu sama lain

Bagai ayam dibawa ke kepuk
Mendapat rezeki

Bagai ayam disambar helang
Orang yang hilang dengan tiba-tiba

Bagai balak terendam
Orang gemuk yang malas bergerak atau membuat kerja

Bagai belut diketil ekor
Sesuatu perkara yang terjadi atau berlaku secara tiba-tiba

Bagai belut diregang
Orang yang tinggi dan sangat kurus  

Bagai beliung dengan asahan
Dua orang yang tidak pernah berpisah

Bagai bersahabat dengan ular bisa

 
Kalau berkawan dengan orang jahat kita tetap akan jadi mangsa juga

Bagai berumah di tepi tebing
Orang yang selalu berada dalam kebimbangan

Bagai bulan dipagari bintang
Seorang gadis yang cantik yang dikelilingi oleh gadis-gadis lain yang cantik

Bagai buluh ditarik songsang
Perihal betapa sukarnya mempengaruhi seseorang supaya mengikut apa yang dikehendaki

Bagai bumi dengan langit
Jurang perbezaan yang terlalu ketara

Bagai bunga raya kembang pagi
Menggambarkan orang yang berkulit putih, mukanya selalu merah

Bagai buntal kembang
Orang yang bodoh sombong
Bagai burung dalam sangkar,mata terlepas,badan terkurung
Seseorang yang mendapat perlindungan yang baik tetapi tidak mendapat kebebasan yang diinginkannya

   




Bagai burung  gagak pulang ke benua
Orang yang baru pulang dari merantau, tetapi perangainya seperti dahulu juga

Bagai cacing kena air panas
Tidak tenang dan selalu gelisah kerana susah atau malu

Bagai cembul dapat tutupnya
Sesuai benar

Bagai dakwat dengan kertas
Tidak pernah berpisah atau sangat sesuai dan padan

Bagai denai gajah lalu
Tidak dapat menyembunyikan sesuatu perkara yang besar

Bagai dihiris sembilu
Perihal tentang hati atau perasaan yang sedih dan pilu

Bagai duri dalam daging
Sesuatu yang menyakitkan hati atau membuat kita selalau teringat dan terasa hati.
Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing
Orang yang hanya mementingkan diri sendiri
 
 

 





Bagai halilintar membelah bumi
Bunyi yang sangat kuat atau berita yang sangat mengejutkan

Bagai hempedu melekat di hati                                                                         
Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab


Bagai hujan berbalik ke langit
Orang kaya meminta pertolongan daripada orang yang miskin


Bagai hujan jatuh ke pasir
Sia-sia sahaja menabur budi kepada orang yang tidak tahu menghargainya

Bagai isi dengan kuku
Hubungan yang sangat erat dan tidak dapat dipisahkan

Bagai itik pulang petang
Berjalan terlalu lambat
Bagai jelongok kerbau rampung
Orang yang bodoh sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.

Bagai jawi makan, dimamah baru ditelan
Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan

Bagai jawi terkurung siang
Sangat gelisah kerana tidak bebas

Bagai jempuk kesiangan hari
Kebingungan ;termenung-menung

Bagai kacang direbus satu
Melonjak-lonjak kegembiraan

Bagai kacang lupakan kulit
Lupa asal-usul diri atau seseorang yang tidak mengenang jasa
Bagai kain tiga hasta
Orang miskin yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak mencukupi

 
 







Bagai kambing dalam biduk
Berada dalam keadaan yang sangat takut.

Bagai kambing dihalau ke air
Perihal seseorang yang dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya

Bagai kambing harga dua kupang
Tingkah laku seseorang yang tidak ubah seperti kanak-kanak

Bagai kapak naik peminangan
Sesuatu perbuatan yang janggal dan tidak sesuai atau tidak mengikut adat dan kebiasaan

Bagai keli kena ketuk
Merungut atau bersungut tidak tentu pasal

Bagai kelip-kelip terbang malam
Perbuatan sulit atau rahsia yang diketahui orang atau tidak dapat disembunyikan

Bagai kerakap tumbuh di batu,hidup segan mati tak mahu
Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita

Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Tidak guna mengajar anak supaya berkelakuan baik jika perangai ibu bapa sudah buruk

Bagai kiambang dilempar
Perselisihan faham yang sekejap atau sementara sahaja

Bagai kucing dibawakan tali
Takut kepada seseorang kerana telah membuat kesalahan


Bagai kucing kehilangan anak
Orang yang berada dalam keadaan bingung atau hilang akal


Bagai kucing lepas senja
Sukar dicari atau tak mungkin dijumpai semula

Bagai kunyit dengan kapur
Gandingan yang sesuai dan padan

Bagai langau di buntut gajah
Orang yang suka bermanja-manja

Bagai layang-layang putus tali
Hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan

Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Tingkah laku anak yang banyak dipengaruhi                                                    tingkah laku kedua ibu bapanya

Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih, selepas ditolong kita pula yang mendapat susah

Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh

Bagai menarik rambut di dalam tepung
Membuat kerja dengan cermat dan berhati-hati

Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara,menjaga atau sanggup berkorban demi memberikan perhatian yang penuh untuk membesarkan seseorang

Bagai menencang air
Melakukan perkerjaan yang tidak berfaedah


Bagai mendapat durian runtuh
Mendapat keuntungan dengan tiba-tiba tanpa perlu bersusah payah

Bagai mendukung biawak hidup

 
Menghulurkan pertolongan kepada seseorang yang kemudiannya menyusahkan diri kita semula

Bagai mengajar itik berenang                             
Sia-sia mengajar orang yang sudah mahir dan
pandai

Bagai menggantang anak ayam
Melakukan pekerjaan yang susah mustahil dan susah

Bagai menghela tali jala
Membuat sesuatu pekerjaan dengan penuh teliti dan berhati-hati

Bagai menghitung bulu kambing
Membuat pekerjaan yang mustahil dan sia-sia

Bagai menyurat di atas air
Membuat pekerjaan yang tidak akan berhasil

Bagai pahat dengan penukul                 
Hanya membuat pekerjaan apabila disuruh

Bagai panas mengandungi hujan

 
Orang yang diluarnya kelihatan ceria dan gembira tetapi                        sebenarnya sedang menghadapi kesusahan

Bagai pinang dibelah dua                                              
Sangat sesuai atau sama cantik dan sama padan


Bagai pancang digoncang arus
Pendirian yang tidak tetap

Bagai punggur rebah
Keadaan yang terjadi apabila orang yang bertubuh besar dan gemuk rebah

Bagai si kudung mendapat cincin
Seseorang yang mendapat sesuatu yang tidak diperlukannya atau tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.

Bagai tanduk bersendi daging
Satu gandingan yang amat padan dan sesuai

Bagai telur dihujung tanduk
Menggambarkan keadaan yang bahaya atau genting


Bagai rambut dibelah tujuh
Terlalu sedikit

Bagai  rotan, asal berinsang dicucuk belaka
Tidak memilih makanan atau pakaian

Bagai sirih pulang ke gagang
Pulang ke tempat yang sepatutnya

Bagai tanduk bersendi gading
Dua orang atau benda yang amat bersesuaian, jika disatukan akan menjadi padanan yang cantik.

Bagai tikus jatuh ke beras
Orang yang memperoleh kekayaan tetapi tidak menceritakan bagaimana dia mendapat kekayaan itu.

Bagai tikus membaiki labu
Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapicuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak

Bagai tunggul dihias
Kalau muka sudah buruk ianya tetaplah buruk juga.

Bagai ulat nangka terhempas ke batu
Degil dan tidak pernah serik

Bagai umang-umang                                                       
Berlagak dengan pakaian atau barang
kepunyaan orang lain


Bagai unta menyerah diri
Orang yang terlalu lurus atau bodoh selalunya akan menjadi mangsa orang lain

Bagai wau putus tali
Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Bagaimana perintah, begitulah dituruti dan bagaimana aksi begitulah reaksinya

Bagai galah di tengah arus
Perasaan sangat gementar

Bagai itik pulang petang                                      
Berjalan lambat dan lamban


Bak kaca terhempas ke batu
Menggambarkan perasaan yang terlalu sedih akibat sesuatu kejadian atau kehilangan

Bagai kacang direbus satu
Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung
                                                                                        
Bagai lidah biawak
Percakapan yang tidak boleh dipercayai

Bagai manik putus tali
Perihal air mata yang berlinangan

Bagai menambah gelang bini
Pemberian benda yang sudah ada

Bagai pancang digoncang arus
Seseorang yang tidak tegas dengan pendiriannya

Bagai penyu di air jernih
Kehidupan yang menyenangkan

 Bak
Kata bandingan  ‘bak’ digunakan untuk menyatakan sesuatu benda yang seakan sama dengan sifat atau ciri-ciri yang disamakan oleh sesuatu  benda yang lain.  Contohnya keadaan wajah seseorang yang cantik seperti bulan purnama.  Makna ‘bak’ adalah sama seperti dengan sebagai dalam perumpamaan.

         Kata bandingan ‘bak’ digunakan sama ada di tengah ataupun di pangkal ayat.  Ia tidak mengkhususkan penggunaannya kepada banding





Bak            
Bak ayam hitam terbang malam
Sesuatu perkara yang kabur dan belum dipastikan lagi kesasihannya.

Bak ayam putih terbang siang
Sesuatu perkara yang jelas, terang dan nyata serta tidak boleh disembunyikan lagi.

Bak ayam tangkas di gelanggang
Seseorang yang bijak  bersyarah                                                                    dikhalayak ramai  


Bak bertih goreng
Seseorang yang terlalu petah bercakap

Bak bulan purnama
Wajah seseorang yang terlalu cantik dan molek apabila dipandang

Bak bangau kasihkan kerbau
Seseorang yang bersahabat dengan seseorang                                                          lain dengan  tujuan  untuk mendapat  keuntungan                                  

Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang
Mendapat sesuatu  pada mulanya cantik, tetapi akhirnya mendatangkan kesusahan

Bak menanti orang yang lebih dulu, bak melulu orang yang kemudian
Perbuatan yang sia-sia

Bak nyiru bak tempian, bak guru bak anak sasian
Murid yang meniru perangai guru, terutama perangai yang tidak baik

Bak rasa ubi pula gadung
Seseorng yang miskin dan hina tetapi bergaya seperti orang kaya.

Bak sirih pulang ke gagang
Kembali ke tempat asalnya atau ke tempat yang sepatutunya
                                                            
Bak tengguli ditukar cuka
Diberi ganti yang sangat bertentangan

Hidung mancung bak seludang
Orang yang mempunyai  hidung yang sangat mancung

Lurus bak tabung
Seseorang yang  jujur dan tak pernah menipu

Suara merdu  bak buluh perindu
Orang yangmempunyai suara yang sangat merdu.

Ibarat
Kata bandingan ‘ ibarat’  digunakan untuk memberikan contoh baik yang terkandung  dalam sesuatu kata perumpamaan.  Ia juga bertujuan untuk memberikan pengajaran dan teladan kepada pendengarnya.
        
Kata bandingan ‘ibarat’ bukan bertujuan untuk menyindir  terutama dengan kata-kata kiasan sebaliknya mngajak agar berhati-hati dengan tindakan  yang akan dilakukan sama ada dari segi perbuatan, kata-kata dan sebagainya.
        
‘Ibarat mengandungi banyak masej yang ingin disampaikan berdasarkan situasi yang dialami oleh penutur  dan pendengar.  Kata bandingan ‘ibarat ‘ juga digunakan untuk memberi nasihat secara tidak langsung kepada kita dengan mengaitkan perkara-perkara semasa yang dialami.

Ibarat                        
Ibarat beban belum lepas dari bahu
Belum lepas daripada tanggungan keluarga

Ibarat bulan jatuh ke riba
Mendapat habuan yang besar atau keuntungan yang banyak

Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Cinta yang tidak berbalas

Ibarat diberi betis mahu peha
Menuntut lebih daripada yang diberi atau sudah didapati

Ibarat gajah dialahkan pelanduk
Orang yang gagah dikalahkan oleh orang yang lemah


Ibarat gasing, berpaku tetap berpusing,   tak berpaku merayau
Lelaki  yang telah beristeri akan kembali   ke rumah walaupun berjalan jauh

Ibarat kiambang
Ke atas tidak, ke bawahpun tidak (tidak tentu arah)

Ibarat mencurah air ke daun keladi
Kata-kata atau nasihat yang tidak didengar dan diendahkan



Ibarat mendengar guruh dilangit,air tempayan dicurahkan.
Melepaskan sesuatu yang ada semata-mata hendak mengejarkan keuntungan yang lebih besar,tetapi akhirnya mengalami kerugian

Ibarat pasir,sekali air dalam sekali berubah
.Perubahan yang dilakukan untuk rakyat

Ibarat pelanduk dua serupa
Dua orang yang seakan-akan serupa parasnya

Ibarat perahu takkan karam sebelah
Perkongsian dalam perniagaan akan sama-sama menanggung kerugian

Ibarat rumput yang sudah kering,ditimpa hujan segar kembali
Orang yang susah tiba-tiba mendapat bantuan

Ibarat rambut dibelah tujuh
Benda yang sedikit menjadi lebih sedikit.  

Ibarat tebu,habis manis sepah dibuang    
Seseorang yang ditinggalkan                                                                        apabila sesuatu keistimewaannya tiada



Ibarat telur semangkuk,pecah sebiji pecah semua
Jika seseorang dalam kumpulan mendapat  susah,semua ahli yang lain turut merasainya


Ibarat rumput kering, ditimpa hujan segar kembali
Orang yang derita mendapat pertolongan dengan tiba-tiba


Laksana
Kata  bandingan laksana digunakan oleh penutur apabila ingin menyatakan keadaan sesuatu  benda sama ada sifat atau ciri-ciri yang aa padanya.  Contohnya cantik, buruk,  tinggi, dan  rendah.
Bandingan laksana ini juga tidak dikhususkan kepada manusia sahaja.  Ia boleh digunakan untuk benda-benda lain yang wujud di kawasan persekitaran.
Penutur menggunakan kata bandingan laksana ini kerana ingin menyatakan sesuatu  yang begitu indah  di pandangan mata dan di pendengaran orang yang mendengarnya.  Ada kalanya ia digunakan  apabila melihat sesuatu yang begitu indahdan cantik sehngga diucapkan.  Oleh sebab itulah mereka menggunakan kata-kata bandingan ini menyatakan ciri-ciri tersebut.



Laksana
Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna
Walaupun sesuatu itu tidak baik, tetapi ia berguna jika berkurangan

Laksana apung dipermainkan ombak
Hidup melarat di negara orang


Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Perempuan yang memiliki rupa paras yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa
                                                                                                          
Laksana golok kayu ditetak tak makan dijual tidak laku
Pengetahuan yang cetek sehingga tidak memberi kebaikan

Laksana kodok ditimpa kemarau
Keadaan rakyat yang keluh kesah kerana hidup menderitadan kelaparan

Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol
Orang yang suka menggertak tetapi tidak mebahaya

Laksana lembu kasi
Badan sahaja besar tetapi dirinya penakut


Laksana manau, seribu kali  embat haram tak patah
Tidak mudah putus asa

Laksana pencalang sarat, tiada ke timur, tiada ke barat
Berpakaian cantik tetapi tidak ke mana-mana

Laksana pokok kayu tidak berbuah
Ilmu yang tidak dimanfaatkan

Laksana wau melawan angin

 
Orang yang lemah selalunya terpaksa akur dengan kehendak orang yang lebih berkuasa dan berpengaruh

Macam
Macam belangkas
Ke mana sahaja mereka pergi mesti berdua atau
berpasangan

Macam ikan kena tuba
Keadaan di sesuatu tempat yang diserang penyakit atau ditimpa bencana besar

Macam kera sumbang
Tidak suka bercampur atau bergaul dengan masyarakat setempat

Macam murai dicabut ekor
Orang yang suka membuat kecoh dan bising

Macam udang kena bakar
Kulit cerah yang bertukar kemerah-merahan apabila terkena pancaran matahari atau akibat kepanasan

Macam ulat nangka
Orang yang tidak tahu duduk diam


Seperti
Kata bandingan ‘seperti’ memang banyak digunakan dalam perumpamaan.  Ia digunakan untuk menunjukkan persamaan atau serupa dengan apa yang hendak dibandingkan.  Ia tidak menunjukkan makna yang sangat berbeza antara sesuatu benda dengan benda yang lain yang hendak dibandingkan atau diumpamakan.  Maksud yang disampaikan secara terus tanpa wujudnya salah tafsiran mengenai sesuatu maksud yang disampaikan.

         Bandingan ‘seperti’ diucapkan secara terus menggunakan kiasan yang tidak berketrlaluan atau sukar difahami oleh penutur dan pendengar.  Kata bandingan ini juga tidak menggunakan kata-kata kasar yang tidak sedap didengar kerana ia menggunakan bahasa halus agar pendengar tidak terasa dengan apa  yang  ingin diperkatakan.  Namun begitu, bahasa yang diigunakan amat  jelas dan mampu menyampaikan maksud secara terus kepada pendengar dan orang yang dikiaskan


Seperti    
Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan atau jawatan yang tidak teguh atau tetap

Seperti air dalam kolam
Sikap dan tingkah laku                                 
yang tenang

Seperti air digenggam tak tiris
Sikap dan perangai seseorang yang sangat kikir atau bakhil

Seperti alu dengan lompang
Dua orang yang bersahabat baik dan saling membantu dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan

Seperti anjing berebut tulang
Orang yang tamak dalam perebutan harta

Seperti anjing memakan muntahnya
Orang tamak biasanya tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk

Seperti anjing menggonggong tulang
Apabila mendapat sesuatu yang disukai,dia akan menjaid tamak dan kedekut

Seperti ayam berak kapur
Seseorang yang kelihatan lemah dan tidak bermaya

Seperti ayam bertelur di padi
 Menunjukkan seseorang yang senang hidupnya,tidak perlu khuatir akan sebarang kekurangan

Seperti ayam dara bertelur
Orang yang tidak tekun atau tidak tetap dalam membuat pekerjaan.

Seperti ayam dimakan tungau.
Menunjukkan keadaan seseorang yang sangat kurus dan pucat akibat jatuh sakit

Seperti ayam,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
Seseorang yang sangat susah keadaan hidupnya,pendapatan hari itu hanya cukup untuk dimakan pada hari itu sahaja.

Seperti ayam patuk anaknya
Menghukum bukan dengan niat  untuk menyeksa sebaliknya bertujuan untuk mendidik

Seperti batu jatuh ke lubuk
Orang yang menghilangkan diri secara senyap dan diam diam

Seperti Belanda minta tanah
Sikap orang yang tamak,sudah diberi sedikit dia hendak lebih lagi.

Seperti belut pulang ke lumpur.
Perihal seseorang yang lama merantau  dan kemudiannya pulang semula                                                                             ke kampung halamannya

Seperti bujang baharu berkeris
Orang yang sangat sombong dan bongkak


Seperti beruk berhayun
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak tetapi tidak tahu bagaimana membelanjakannya dengan cara yang betul

Seperti batu jatuh ke lubuk
Hilang lenyap

Seperti cacing kepanasan
Orang yang terancam kedudukannya kerana sesuatu sebab atau masalah

Seperti cencaru makan petang
Orang yang beroleh kemenangan pada akhirnya

Seperti ditempuh gajah yang lalu
Perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat disembunyikan

Seperti dulang dengan tudung saji
Pasangan yang sesuai atau barang yang sama padan

Seperti durian menunjukkkan pangsanya
Orang yang suka menunjuk-nunjuk kebesaran dirinya atau membangga diri

Seperti emak mandul baru beranak
Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat dihajat atau diimpikannya.

Seperti emas tersepuh
Paras rupa seseorang yang putih kuning dan amat elok

Seperti embun di atas daun
Niat yang sering berubah-ubah atau belum ada pendirian yang tetap.

Seperti embun di hujung rumput
Kasih sayang yang tidak kekal

Seperti gadis sudah berlaki
Gadis atau anak dara yang tidak tahu malu atau buruk tingkah laku dan budi pekertinya

Seperti gagak bersuara murai
Orang yang kelihatan hodoh tetapi memiliki suara yang sangat merdu dan tutur kata yang lembut.

Seperti gagak pulang ke benua
Seseorang yang pulang dari merantau tetapi tiada perubahan pada dirinya

Seperti gajah masuk kampong
Orang berkuasa yang dapat melakukan sesuka hati terhadap orang yang lemah

Seperti gunting dalam lipatan
Orang yang pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya berbuat jahat dalam diam tanpa sesiapa mengesyakinya

Seperti gunting makan di hujung
Kata-kata atau sindiran yang tajam dan halus

Seperti harimau beranak muda 
Orang yang sangat bengis

Seperti harimau menyembunyikan kuku
Orang yang berilmu tetapi berpura-pura berlaku bodoh atau orang yang berani tetapi berpura-pura penakut

Seperti haruan makan anak
Bapa yang mencabul anak perempuannya sendiri

Seperti ikan dalam belut
Menggambarkan suasana yang terlalu sesak

Seperti itik mendapat air
Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang memang diimpikan

Seperti kaduk naik junjung
Sikap seseorang yang tidak berada apabila diberi sesuatu mula menunjukkan perangai mengada-ngada

Seperti kambing dimandikan pagi
Orang yang sangat malas ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan

Seperti kasturi kerana bau hilang nyawa
Perihal seseorang yang suka menunjukkan sesuatu yang berharga kepada orang lain yang tidak boleh dipercayainya,akhirnya diri sendiri mendapat bencana dan kerugian

Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang berfikiran sempit atau ketinggalan zaman

Seperti katak kena sembur
Keadaan seseorang yang hanya berdiam diri sahaja dan tidak mampu berkata apa-apa seperti orang yang kalah

Seperti keli dua selubang
Perihal seorang perempuan yang mempunyai dua kekasih

Seperti kera dapat bunga
Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain kepadanya

Seperti kerakap tumbuh di batu
Keadaan orang yang hidup susah dan melarat

Seperti kerbau dicucuk hidung
Orang yang kelihatan bodoh kerana mengikut sahaja kehendak orang lain

Seperti kucing biang
Perihal seseorang yang berada dalam keadaan gelisah dan keluh kesah

Seperti kucing dengan panggang
Perihal lelaki dan perempuan yang dibiarkan bergaul bebas

Seperti kucing di atas tembok
Gambaran mengenai seseorang yang                                                                              mempunyai dua kerja dan tidak tahu                                                              yang mana satu patut diberi perhatian

Seperti kura-kura di atas dahan
Orang yang tidak tahu mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya

Seperti lebah kasihkan telurnya
Kasih sayang yang mendalam sehingga tidak boleh berpisah atau berjauhan


Seperti lebah mengumpul madu
Orang yang gigih dan tekun melakukan                                                              sesuatu pekerjaan akan mendapat                                                                           kejayaan

Seperti limau masam sebelah
Perihal hukuman yang tidak adil

Seperti lintah menghisap darah
Orang yang mengumpul kekayaan dengan cara menindas orang lain

Seperti lipas kudung
Melakukan sesuatu dengan cepat dan pantas

Seperti minyak dengan air
Sesuatu yang tidak mungkin atau amat     mustahil dapat bersatu


Seperti pinang pulang ke tampuk
Kembali semula kepada keadaan sediakala atau sangat cocok dan memang kena pada tempatnya

Seperti pohon beringin ditiup angin
Menentang kekerasan tanpa lemah lembut

Seperti pungguk rindukan bulan
Keadaan orang yang merindukan sesuatu atau sangat mengharapka sesuatu tetapi pada hakikatnya dia tidak akan memperolehinya

Seperti rumput di tepi jalan
Perihal seseorang yang hidup terbiar dan melarat

Seperti rusa masuk kampong
Keadaan orang yang kehairanan dan terpinga-pinga apabila tiba di tempat baru


Seperti sampah hanyut
Orang hina yang hidupnya    tidak dipedulikan oleh orang

Seperti si buta kehilangan tongkat
Keadaan orang yang susah sering ditimpa kesusahan orang lain

Seperti si buta mendapat tongkat
Orang susah yang mendapat apa yang dia inginkan

Seperti tebu di mulut gajah
Apabila seseorang mendapat sesuatu yang disukainya pastilah dia tidak akan melepaskannya.


Seperti udang  tahi di kepala
Orang yang terlalu bodoh atau dibebani hutang

Seperti ular kena palu
Bengkang bengkok atau tidak lurus

Seperti ular lidah bercabang
Kata-kata yang tidak boleh dipercayai







Umpama
Kata bandingan umpama digunakan untuk mengumpulkan sesuatu yang dijadikan contoh atau misalan sahaja.  Ia bukanlah sesuatu yang benar-benar  berlaku dan ia hanyalah rekaan semat-mata
Ia merupakan andaian si penutur tentang sesuatu benda, keadaan suasana atau rupa paras seseorang yang hendak dinyatakan bandingan tersebut.  Kebiasaannya penutur akan memerhatikan sesuatu benda dan diterjemahkan ke dalam bentuk perumpamaan berdasarkan apa yang terlintas di fikiran.
Kata bandingan umpama juga digunakan untuk  mengumpamakan  sesuatu yang cantik dan indah pada pandangan mata  seseorang  penutur.  Ia tidak menggunakan bahasa yang keterlaluan atau memberikan gambaran buruk kepada seseorang yang ditujukan kiasan tersebut.


Umpama
Umpama biawak kudung masuk kampung
Orang yang pernah melakukan perbuatan jahat atau mencuri walau ke mana dia pergi akan dikenali orang juga

Umpama gantung tidak bertali
Perempuan atau isteri yang ditinggalkan suaminya.

Umpama duduk di atas duri
Risau dan gelisah tidak menentu kerana sesuatu sebab

Umpama durian dengan mentimun,menggolek binasa,kena golek pun binasa
Orang yang lemah atau tidak mempunyai kuasa

Umpama garam jatuh ke air
Memberi nasihat kepada orang yang menerimanya dengan ikhlas

Umpama gergaji dua mata
Orang yang menyebelahi dua belah pihak,akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak

Umpama kayu lampung,belum ditolak sudah condong
Orang yang bodoh,penakut dan mudah digertak dan mengikut perintah

Umpama lebah,mulut membawa madu,buntut membawa sengat
Perempuan yang cantik tetapi berperangai jahat

Umpama memerah nyiur,santan diambil hampas dibuang
Percakapan orang mestilah diteliti,ambil yang baik dan benar sahaja


Umpama pisau di tangan kanan,mentimun di tangan kiri
Orang kaya,berkuasa dan berpengaruh bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka


Laksana golok kayu,ditetak tak makan,dijual tak laku
Pelajaran yang tidak sempurna itu merugikan atau sia-sia sahaja

Umpama harapkan pagar,pagar makan padi
Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya