Perumpamaan
Perumpamaan ialah sejenis
peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain. Ia mengandungi pengajaran. Biasanya ayat dalam perumpamaan mengandungi
perkataan bagai, ibarat, laksana, seperti, macam dan umpama.
Maksud perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas
kerana ia didahului oleh perkataan-perkataan bandingan sama ada di bahagian
pangkal ayat ataupun
di tengah ayat.
Namun begitu perumpamaan juga boleh menjadi bidalan
apabila menggunakan perkataan jangan, biar dan ingat manakala simpulan bahasa boeh menjadi perumpamaan
sekiranya dimasukkan kata bandingan seperti, ibarat, umpama, bagai, laksana,
dan bak.
Bagai
Kata bandingan ‘bagai’ digunakan untuk menyatakan persamaan atau
membandingkan sesuatu benda dengan benda yang laian. Ia banyak
menggunakan benda-benda yang
berada di persekitaran untuk disamakan dengan sifat manusia atau sesuatu
perkara yang berlaku.
Kata bandingan ini muncul apabila penutur menyamakan
suasana yang didalami atau perkara yang
ingin dibandingakan secara langsung.
Kebanyakan penutur tidak suka menyatakan sesuatu yang dialami secara
terus, sebab iitulah mereka menggunaan kata-kata peprumpamaan yang demikian
untuk menyatakannya. Tujuan mereka
berbuat demikian ialah untuk mengelakkan orang yang disamakan itu terasa atau
kecil hati jika sesuatu yang dinyatakan itu tidak elok dan sebagainya.
Bagai
Bagai air titik ke batu
Susah
untuk menasihati seseorang yang degil
Bagai anak ayam kehilangan
ibu
Kesusahan
yang dialami seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung
Bagai anak dara mabuk andam
Perempuan
yang lemah tetapi tiada penyakit
Bagai anak dara mabuk andam
Perempuan
yang lemah tetapi tiada penyakit
Bagai anjing buruk kepala
Orang
yang selalu dihina
Bagai
anjing dengan kucing
Dua orang yang selalu
bertengkar
Bagai
anjing mengulang bangkai
Orang
yang mengulangi perbuatan yang tidak sopan
Bagai anjing tersepit pagar
Berasa
serba salah kerana berada dalam kesusahan
Bagai anjing tidak bercawat ekor
Orang
hina yang tidak dihiraukan masyarakat
Bagai api dengan asap
Tidak
dapat dipisahkan
Bagai aur di atas bukit
Serah
diri kepada nasib dan takdir
Bagai aur dengan tebing
Saling
membantu antara satu sama lain
Bagai ayam dibawa ke kepuk
Mendapat
rezeki
Bagai ayam disambar helang
Orang
yang hilang dengan tiba-tiba
Bagai balak terendam
Orang gemuk yang malas bergerak atau
membuat kerja
Bagai belut diketil ekor
Sesuatu
perkara yang terjadi atau berlaku secara tiba-tiba
Bagai belut diregang
Orang
yang tinggi dan sangat kurus
Bagai beliung dengan asahan
Dua
orang yang tidak pernah berpisah
Bagai bersahabat dengan ular bisa
Kalau berkawan dengan
orang jahat kita tetap akan jadi mangsa juga
Bagai berumah di tepi tebing
Orang
yang selalu berada dalam kebimbangan
Bagai bulan dipagari bintang
Seorang
gadis yang cantik yang dikelilingi oleh gadis-gadis lain yang cantik
Bagai buluh ditarik songsang
Perihal
betapa sukarnya mempengaruhi seseorang supaya mengikut apa yang dikehendaki
Bagai bumi dengan langit
Jurang
perbezaan yang terlalu ketara
Bagai bunga raya kembang pagi
Menggambarkan
orang yang berkulit putih, mukanya selalu merah
Bagai buntal kembang
Orang
yang bodoh sombong
Bagai burung dalam
sangkar,mata terlepas,badan terkurung
Seseorang
yang mendapat perlindungan yang baik tetapi tidak mendapat kebebasan yang
diinginkannya
|
|
Bagai
burung gagak pulang ke benua
Orang yang baru pulang dari
merantau, tetapi perangainya seperti dahulu juga
Bagai
cacing kena air panas
Tidak tenang dan selalu
gelisah kerana susah atau malu
Bagai
cembul dapat tutupnya
Sesuai benar
Bagai
dakwat dengan kertas
Tidak
pernah berpisah atau sangat sesuai dan padan
Bagai denai gajah lalu
Tidak
dapat menyembunyikan sesuatu perkara yang besar
Bagai dihiris sembilu
Perihal
tentang hati atau perasaan yang sedih dan pilu
Bagai duri dalam daging
Sesuatu yang menyakitkan
hati atau membuat kita selalau teringat dan terasa hati.
Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk
masing-masing
Orang
yang hanya mementingkan diri sendiri
|
|
Bagai halilintar membelah bumi
Bunyi
yang sangat kuat atau berita yang sangat mengejutkan
Bagai hempedu melekat di hati
Perhubungan
seseorang yang sangat rapat dan akrab
Bagai hujan berbalik ke langit
Orang
kaya meminta pertolongan daripada orang yang miskin
Bagai hujan jatuh ke pasir
Sia-sia
sahaja menabur budi kepada orang yang tidak tahu menghargainya
Bagai isi dengan kuku
Hubungan
yang sangat erat dan tidak dapat dipisahkan
Bagai itik pulang petang
Berjalan
terlalu lambat
Bagai jelongok kerbau rampung
Orang
yang bodoh sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
Bagai jawi makan, dimamah baru ditelan
Tiap-tiap
perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan
Bagai jawi terkurung siang
Sangat
gelisah kerana tidak bebas
Bagai jempuk kesiangan hari
Kebingungan
;termenung-menung
Bagai kacang direbus satu
Melonjak-lonjak
kegembiraan
Bagai kacang lupakan kulit
Lupa
asal-usul diri atau seseorang yang tidak mengenang jasa
Bagai kain tiga hasta
Orang
miskin yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak mencukupi
|
|
Bagai
kambing dalam biduk
Berada
dalam keadaan yang sangat takut.
Bagai kambing dihalau ke air
Perihal
seseorang yang dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya
Bagai kambing harga dua kupang
Tingkah
laku seseorang yang tidak ubah seperti kanak-kanak
Bagai kapak naik peminangan
Sesuatu perbuatan yang
janggal dan tidak sesuai atau tidak mengikut adat dan kebiasaan
Bagai keli kena ketuk
Merungut
atau bersungut tidak tentu pasal
Bagai kelip-kelip terbang malam
Perbuatan
sulit atau rahsia yang diketahui orang atau tidak dapat disembunyikan
Bagai kerakap tumbuh di batu,hidup segan
mati tak mahu
Kehidupan
seseorang yang sentiasa susah dan menderita
Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan
betul
Tidak
guna mengajar anak supaya berkelakuan baik jika perangai ibu bapa sudah buruk
Bagai kiambang dilempar
Perselisihan
faham yang sekejap atau sementara sahaja
Bagai kucing dibawakan tali
Takut
kepada seseorang kerana telah membuat kesalahan
Bagai kucing kehilangan anak
Orang
yang berada dalam keadaan bingung atau hilang akal
Bagai kucing lepas senja
Sukar
dicari atau tak mungkin dijumpai semula
Bagai kunyit dengan kapur
Gandingan
yang sesuai dan padan
Bagai langau di buntut gajah
Orang yang suka
bermanja-manja
Bagai layang-layang putus tali
Hidup
yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Tingkah
laku anak yang banyak dipengaruhi tingkah laku kedua ibu bapanya
Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong
orang yang tidak tahu berterima kasih, selepas ditolong kita pula yang mendapat
susah
Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat
pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
Bagai menarik rambut di dalam tepung
Membuat
kerja dengan cermat dan berhati-hati
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara,menjaga
atau sanggup berkorban demi memberikan perhatian yang penuh untuk membesarkan seseorang
Bagai menencang air
Melakukan
perkerjaan yang tidak berfaedah
Bagai mendapat durian runtuh
Mendapat
keuntungan dengan tiba-tiba tanpa perlu bersusah payah
Bagai mendukung biawak hidup
Menghulurkan
pertolongan kepada seseorang yang kemudiannya menyusahkan diri kita semula
Bagai mengajar itik berenang
Sia-sia mengajar orang yang
sudah mahir dan
pandai
Bagai menggantang anak ayam
Melakukan
pekerjaan yang susah mustahil dan susah
Bagai menghela tali jala
Membuat
sesuatu pekerjaan dengan penuh teliti dan berhati-hati
Bagai menghitung bulu kambing
Membuat pekerjaan yang
mustahil dan sia-sia
Bagai menyurat di atas air
Membuat
pekerjaan yang tidak akan berhasil
Bagai pahat dengan penukul
Hanya
membuat pekerjaan apabila disuruh
Bagai panas mengandungi hujan
Orang yang diluarnya
kelihatan ceria dan gembira tetapi sebenarnya sedang menghadapi kesusahan
Bagai
pinang dibelah dua
Sangat
sesuai atau sama cantik dan sama padan
Bagai
pancang digoncang arus
Pendirian yang tidak tetap
Bagai
punggur rebah
Keadaan
yang terjadi apabila orang yang bertubuh besar dan gemuk rebah
Bagai si kudung mendapat cincin
Seseorang
yang mendapat sesuatu yang tidak diperlukannya atau tidak tahu bagaimana hendak
menggunakannya.
Bagai tanduk bersendi daging
Satu
gandingan yang amat padan dan sesuai
Bagai telur dihujung tanduk
Menggambarkan
keadaan yang bahaya atau genting
Bagai rambut dibelah tujuh
Terlalu
sedikit
Bagai
rotan, asal berinsang dicucuk belaka
Tidak
memilih makanan atau pakaian
Bagai sirih pulang ke gagang
Pulang
ke tempat yang sepatutnya
Bagai tanduk bersendi gading
Dua
orang atau benda yang amat bersesuaian, jika disatukan akan menjadi padanan
yang cantik.
Bagai tikus jatuh ke beras
Orang
yang memperoleh kekayaan tetapi tidak menceritakan bagaimana dia mendapat
kekayaan itu.
Bagai
tikus membaiki labu
Orang yang tidak tahu
membaiki sesuatu benda, tetapicuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak
Bagai
tunggul dihias
Kalau
muka sudah buruk ianya tetaplah buruk juga.
Bagai ulat nangka terhempas ke batu
Degil
dan tidak pernah serik
Bagai umang-umang
Berlagak
dengan pakaian atau barang
kepunyaan
orang lain
Bagai unta menyerah diri
Orang
yang terlalu lurus atau bodoh selalunya akan menjadi mangsa orang lain
Bagai wau putus tali
Orang yang berserah sahaja kepada nasib
kerana tidak mampu berusaha lagi.
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Bagaimana
perintah, begitulah dituruti dan bagaimana aksi begitulah reaksinya
Bagai galah di tengah arus
Perasaan
sangat gementar
Bagai itik pulang petang
Berjalan
lambat dan lamban
Bak kaca terhempas ke batu
Menggambarkan
perasaan yang terlalu sedih akibat sesuatu kejadian atau kehilangan
Bagai kacang direbus satu
Melonjak-lonjak
kegirangan kerana mendapat untung
Bagai lidah biawak
Percakapan yang tidak boleh
dipercayai
Bagai manik putus tali
Perihal
air mata yang berlinangan
Bagai menambah gelang bini
Pemberian
benda yang sudah ada
Bagai pancang digoncang arus
Seseorang
yang tidak tegas dengan pendiriannya
Bagai penyu di air jernih
Kehidupan yang menyenangkan
Bak
Kata bandingan ‘bak’ digunakan untuk menyatakan sesuatu
benda yang seakan sama dengan sifat atau ciri-ciri yang disamakan oleh
sesuatu benda yang lain. Contohnya keadaan wajah seseorang yang cantik
seperti bulan purnama. Makna ‘bak’
adalah sama seperti dengan sebagai dalam perumpamaan.
Kata
bandingan ‘bak’ digunakan sama ada di tengah ataupun di pangkal ayat. Ia tidak mengkhususkan penggunaannya kepada
banding
Bak
Bak ayam hitam terbang malam
Sesuatu
perkara yang kabur dan belum dipastikan lagi kesasihannya.
Bak ayam putih terbang siang
Sesuatu
perkara yang jelas, terang dan nyata serta tidak boleh disembunyikan lagi.
Bak ayam tangkas di gelanggang
Seseorang
yang bijak bersyarah
dikhalayak ramai
Bak bertih goreng
Seseorang
yang terlalu petah bercakap
Bak bulan purnama
Wajah
seseorang yang terlalu cantik dan molek apabila dipandang
Bak bangau kasihkan kerbau
Seseorang
yang bersahabat dengan seseorang lain
dengan tujuan untuk mendapat keuntungan
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas
gatal pun datang
Mendapat
sesuatu pada mulanya cantik, tetapi
akhirnya mendatangkan kesusahan
Bak menanti orang yang lebih dulu, bak
melulu orang yang kemudian
Perbuatan
yang sia-sia
Bak nyiru bak tempian, bak guru bak anak
sasian
Murid
yang meniru perangai guru, terutama perangai yang tidak baik
Bak rasa ubi pula gadung
Seseorng
yang miskin dan hina tetapi bergaya seperti orang kaya.
Bak sirih pulang ke gagang
Kembali
ke tempat asalnya atau ke tempat yang sepatutunya
Bak tengguli ditukar cuka
Diberi
ganti yang sangat bertentangan
Hidung mancung bak seludang
Orang
yang mempunyai hidung yang sangat
mancung
Lurus bak tabung
Seseorang
yang jujur dan tak pernah menipu
Suara merdu bak buluh perindu
Orang
yangmempunyai suara yang sangat merdu.
Ibarat
Kata bandingan ‘ ibarat’ digunakan untuk memberikan contoh baik yang
terkandung dalam sesuatu kata
perumpamaan. Ia juga bertujuan untuk
memberikan pengajaran dan teladan kepada pendengarnya.
Kata bandingan
‘ibarat’ bukan bertujuan untuk menyindir
terutama dengan kata-kata kiasan sebaliknya mngajak agar berhati-hati
dengan tindakan yang akan dilakukan sama
ada dari segi perbuatan, kata-kata dan sebagainya.
‘Ibarat mengandungi
banyak masej yang ingin disampaikan berdasarkan situasi yang dialami oleh
penutur dan pendengar. Kata bandingan ‘ibarat ‘ juga digunakan untuk
memberi nasihat secara tidak langsung kepada kita dengan mengaitkan
perkara-perkara semasa yang dialami.
Ibarat
Ibarat beban belum lepas dari bahu
Belum
lepas daripada tanggungan keluarga
Ibarat bulan jatuh ke riba
Mendapat
habuan yang besar atau keuntungan yang banyak
Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi
Cinta
yang tidak berbalas
Ibarat diberi betis mahu peha
Menuntut
lebih daripada yang diberi atau sudah didapati
Ibarat gajah dialahkan pelanduk
Orang
yang gagah dikalahkan oleh orang yang lemah
Ibarat gasing, berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau
Lelaki yang telah beristeri akan kembali ke
rumah walaupun berjalan jauh
Ibarat kiambang
Ke
atas tidak, ke bawahpun tidak (tidak tentu arah)
Ibarat mencurah air ke daun keladi
Kata-kata atau nasihat yang
tidak didengar dan diendahkan
Ibarat mendengar guruh dilangit,air
tempayan dicurahkan.
Melepaskan
sesuatu yang ada semata-mata hendak mengejarkan keuntungan yang lebih besar,tetapi akhirnya mengalami
kerugian
Ibarat pasir,sekali air dalam sekali
berubah
.Perubahan
yang dilakukan untuk rakyat
Ibarat pelanduk dua serupa
Dua
orang yang seakan-akan serupa parasnya
Ibarat perahu takkan karam sebelah
Perkongsian
dalam perniagaan akan sama-sama menanggung kerugian
Ibarat rumput yang sudah kering,ditimpa
hujan segar kembali
Orang
yang susah tiba-tiba mendapat bantuan
Ibarat rambut dibelah tujuh
Benda
yang sedikit menjadi lebih sedikit.
Ibarat tebu,habis manis sepah dibuang
Seseorang
yang ditinggalkan apabila
sesuatu keistimewaannya tiada
Ibarat telur semangkuk,pecah sebiji
pecah semua
Jika
seseorang dalam kumpulan mendapat susah,semua
ahli yang lain turut merasainya
Ibarat rumput kering, ditimpa hujan
segar kembali
Orang
yang derita mendapat pertolongan dengan tiba-tiba
Laksana
Kata bandingan
laksana digunakan oleh penutur apabila ingin menyatakan keadaan sesuatu benda sama ada sifat atau ciri-ciri yang aa
padanya. Contohnya cantik, buruk, tinggi, dan
rendah.
Bandingan laksana ini juga
tidak dikhususkan kepada manusia sahaja.
Ia boleh digunakan untuk benda-benda lain yang wujud di kawasan
persekitaran.
Penutur menggunakan kata
bandingan laksana ini kerana ingin menyatakan sesuatu yang begitu indah di pandangan mata dan di pendengaran orang
yang mendengarnya. Ada kalanya ia
digunakan apabila melihat sesuatu yang
begitu indahdan cantik sehngga diucapkan.
Oleh sebab itulah mereka menggunakan kata-kata bandingan ini menyatakan
ciri-ciri tersebut.
Laksana
Laksana antah melukut, lapar sangat baru
berguna
Walaupun
sesuatu itu tidak baik, tetapi ia berguna jika berkurangan
Laksana apung dipermainkan ombak
Hidup
melarat di negara orang
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Perempuan
yang memiliki rupa paras yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa
Laksana golok kayu ditetak tak makan
dijual tidak laku
Pengetahuan
yang cetek sehingga tidak memberi kebaikan
Laksana kodok ditimpa kemarau
Keadaan
rakyat yang keluh kesah kerana hidup menderitadan kelaparan
Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk
hanya disondol
Orang
yang suka menggertak tetapi tidak mebahaya
Laksana lembu kasi
Badan
sahaja besar tetapi dirinya penakut
Laksana manau, seribu kali embat haram tak patah
Tidak
mudah putus asa
Laksana pencalang sarat, tiada ke timur,
tiada ke barat
Berpakaian
cantik tetapi tidak ke mana-mana
Laksana pokok kayu tidak berbuah
Ilmu
yang tidak dimanfaatkan
Laksana wau melawan angin
Orang yang lemah
selalunya terpaksa akur dengan kehendak orang yang lebih berkuasa dan
berpengaruh
Macam
Macam belangkas
Ke
mana sahaja mereka pergi mesti berdua atau
berpasangan
Macam ikan kena tuba
Keadaan
di sesuatu tempat yang diserang penyakit atau ditimpa bencana besar
Macam kera sumbang
Tidak
suka bercampur atau bergaul dengan masyarakat setempat
Macam murai dicabut ekor
Orang
yang suka membuat kecoh dan bising
Macam udang kena bakar
Kulit
cerah yang bertukar kemerah-merahan apabila terkena pancaran matahari atau
akibat kepanasan
Macam ulat nangka
Orang yang tidak tahu duduk
diam
Seperti
Kata bandingan ‘seperti’ memang banyak
digunakan dalam perumpamaan. Ia
digunakan untuk menunjukkan persamaan atau serupa dengan apa yang hendak
dibandingkan. Ia tidak menunjukkan makna
yang sangat berbeza antara sesuatu benda dengan benda yang lain yang hendak
dibandingkan atau diumpamakan. Maksud
yang disampaikan secara terus tanpa wujudnya salah tafsiran mengenai sesuatu
maksud yang disampaikan.
Bandingan ‘seperti’ diucapkan secara terus menggunakan
kiasan yang tidak berketrlaluan atau sukar difahami oleh penutur dan
pendengar. Kata bandingan ini juga tidak
menggunakan kata-kata kasar yang tidak sedap didengar kerana ia menggunakan
bahasa halus agar pendengar tidak terasa dengan apa yang
ingin diperkatakan. Namun begitu,
bahasa yang diigunakan amat jelas dan mampu
menyampaikan maksud secara terus kepada pendengar dan orang yang dikiaskan
Seperti
Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan
atau jawatan yang tidak teguh atau tetap
Seperti
air dalam kolam
Sikap
dan tingkah laku
yang
tenang
Seperti air digenggam tak tiris
Sikap
dan perangai seseorang yang sangat kikir atau bakhil
Seperti alu dengan lompang
Dua
orang yang bersahabat baik dan saling membantu dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan
Seperti anjing berebut tulang
Orang
yang tamak dalam perebutan harta
Seperti anjing memakan muntahnya
Orang tamak biasanya tidak
dapat membezakan perkara baik dan buruk
Seperti anjing menggonggong tulang
Apabila
mendapat sesuatu yang disukai,dia akan menjaid tamak dan kedekut
Seperti ayam berak kapur
Seseorang
yang kelihatan lemah dan tidak bermaya
Seperti ayam bertelur di padi
Menunjukkan seseorang yang senang
hidupnya,tidak perlu khuatir akan sebarang kekurangan
Seperti ayam dara bertelur
Orang
yang tidak tekun atau tidak tetap dalam membuat pekerjaan.
Seperti ayam dimakan tungau.
Menunjukkan
keadaan seseorang yang sangat kurus dan pucat akibat jatuh sakit
Seperti ayam,kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang
Seseorang
yang sangat susah keadaan hidupnya,pendapatan hari itu hanya cukup untuk
dimakan pada hari itu sahaja.
Seperti ayam patuk anaknya
Menghukum
bukan dengan niat untuk menyeksa
sebaliknya bertujuan untuk mendidik
Seperti batu jatuh ke lubuk
Orang
yang menghilangkan diri secara senyap dan diam diam
Seperti
Belanda minta tanah
Sikap orang yang tamak,sudah
diberi sedikit dia hendak lebih lagi.
Seperti belut pulang ke lumpur.
Perihal
seseorang yang lama merantau dan
kemudiannya pulang semula
ke kampung halamannya
Seperti bujang baharu berkeris
Orang
yang sangat sombong dan bongkak
Seperti beruk berhayun
Seseorang
yang mendapat harta pusaka yang banyak tetapi tidak tahu bagaimana membelanjakannya dengan cara yang
betul
Seperti batu jatuh ke lubuk
Hilang
lenyap
Seperti cacing kepanasan
Orang
yang terancam kedudukannya kerana sesuatu sebab atau masalah
Seperti cencaru makan petang
Orang
yang beroleh kemenangan pada akhirnya
Seperti ditempuh gajah yang lalu
Perbuatan
jahat yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat disembunyikan
Seperti dulang dengan tudung saji
Pasangan
yang sesuai atau barang yang sama padan
Seperti durian menunjukkkan pangsanya
Orang
yang suka menunjuk-nunjuk kebesaran dirinya atau membangga diri
Seperti emak mandul baru beranak
Terlalu
gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat dihajat atau diimpikannya.
Seperti emas tersepuh
Paras
rupa seseorang yang putih kuning dan amat elok
Seperti embun di atas daun
Niat
yang sering berubah-ubah atau belum ada pendirian yang tetap.
Seperti embun di hujung rumput
Kasih
sayang yang tidak kekal
Seperti gadis sudah berlaki
Gadis
atau anak dara yang tidak tahu malu atau buruk tingkah laku dan budi pekertinya
Seperti gagak bersuara murai
Orang
yang kelihatan hodoh tetapi memiliki suara yang sangat merdu dan tutur kata
yang lembut.
Seperti gagak pulang ke benua
Seseorang
yang pulang dari merantau tetapi tiada perubahan pada dirinya
Seperti gajah masuk kampong
Orang
berkuasa yang dapat melakukan sesuka hati terhadap orang yang lemah
Seperti gunting dalam lipatan
Orang
yang pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya berbuat jahat dalam diam tanpa
sesiapa mengesyakinya
Seperti gunting makan di hujung
Kata-kata
atau sindiran yang tajam dan halus
Seperti harimau beranak muda
Orang
yang sangat bengis
Seperti harimau menyembunyikan kuku
Orang
yang berilmu tetapi berpura-pura berlaku bodoh atau orang yang berani tetapi berpura-pura penakut
Seperti haruan makan anak
Bapa
yang mencabul anak perempuannya sendiri
Seperti ikan dalam belut
Menggambarkan
suasana yang terlalu sesak
Seperti itik mendapat air
Terlalu
gembira kerana mendapat sesuatu yang memang diimpikan
Seperti kaduk naik junjung
Sikap
seseorang yang tidak berada apabila diberi sesuatu mula menunjukkan perangai
mengada-ngada
Seperti kambing dimandikan pagi
Orang
yang sangat malas ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan
Seperti kasturi kerana bau hilang nyawa
Perihal
seseorang yang suka menunjukkan sesuatu yang berharga kepada orang lain yang tidak boleh
dipercayainya,akhirnya diri sendiri mendapat bencana dan kerugian
Seperti katak di bawah tempurung
Orang
yang berfikiran sempit atau ketinggalan zaman
Seperti katak kena sembur
Keadaan
seseorang yang hanya berdiam diri sahaja dan tidak mampu berkata
apa-apa seperti orang yang kalah
Seperti keli dua selubang
Perihal
seorang perempuan yang mempunyai dua kekasih
Seperti kera dapat bunga
Orang
yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain kepadanya
Seperti kerakap tumbuh di batu
Keadaan
orang yang hidup susah dan melarat
Seperti kerbau dicucuk hidung
Orang
yang kelihatan bodoh kerana mengikut sahaja kehendak orang lain
Seperti kucing biang
Perihal
seseorang yang berada dalam keadaan gelisah dan keluh kesah
Seperti kucing dengan panggang
Perihal
lelaki dan perempuan yang dibiarkan bergaul bebas
Seperti kucing di atas tembok
Gambaran
mengenai seseorang yang mempunyai
dua kerja dan tidak tahu
yang mana satu patut diberi perhatian
Seperti
kura-kura di atas dahan
Orang
yang tidak tahu mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya
Seperti lebah kasihkan telurnya
Kasih
sayang yang mendalam sehingga tidak boleh berpisah atau berjauhan
Seperti lebah mengumpul madu
Orang
yang gigih dan tekun melakukan sesuatu pekerjaan akan
mendapat
kejayaan
Seperti limau masam sebelah
Perihal
hukuman yang tidak adil
Seperti
lintah menghisap darah
Orang
yang mengumpul kekayaan dengan cara menindas orang lain
Seperti lipas kudung
Melakukan
sesuatu dengan cepat dan pantas
Seperti minyak dengan air
Sesuatu
yang tidak mungkin atau amat mustahil dapat bersatu
Seperti pinang pulang ke tampuk
Kembali
semula kepada keadaan sediakala atau sangat cocok dan memang kena pada
tempatnya
Seperti pohon beringin ditiup angin
Menentang
kekerasan tanpa lemah lembut
Seperti pungguk rindukan bulan
Keadaan
orang yang merindukan sesuatu atau sangat mengharapka sesuatu tetapi pada
hakikatnya dia tidak akan memperolehinya
Seperti rumput di tepi jalan
Perihal
seseorang yang hidup terbiar dan melarat
Seperti rusa masuk kampong
Keadaan
orang yang kehairanan dan terpinga-pinga apabila tiba di tempat baru
Seperti sampah hanyut
Orang
hina yang hidupnya tidak dipedulikan oleh orang
Seperti si buta kehilangan tongkat
Keadaan
orang yang susah sering ditimpa kesusahan orang lain
Seperti si buta mendapat tongkat
Orang
susah yang mendapat apa yang dia inginkan
Seperti tebu di mulut gajah
Apabila
seseorang mendapat sesuatu yang disukainya pastilah dia tidak akan melepaskannya.
Seperti udang tahi di kepala
Orang
yang terlalu bodoh atau dibebani hutang
Seperti ular kena palu
Bengkang
bengkok atau tidak lurus
Seperti ular lidah bercabang
Kata-kata
yang tidak boleh dipercayai
Umpama
Kata bandingan umpama
digunakan untuk mengumpulkan sesuatu yang dijadikan contoh atau misalan
sahaja. Ia bukanlah sesuatu yang
benar-benar berlaku dan ia hanyalah
rekaan semat-mata
Ia
merupakan andaian si penutur tentang sesuatu benda, keadaan suasana atau rupa
paras seseorang yang hendak dinyatakan bandingan tersebut. Kebiasaannya penutur akan memerhatikan
sesuatu benda dan diterjemahkan ke dalam bentuk perumpamaan berdasarkan apa
yang terlintas di fikiran.
Kata bandingan umpama juga
digunakan untuk mengumpamakan sesuatu yang cantik dan indah pada pandangan
mata seseorang penutur.
Ia tidak menggunakan bahasa yang keterlaluan atau memberikan gambaran
buruk kepada seseorang yang ditujukan kiasan tersebut.
Umpama
Umpama biawak kudung masuk kampung
Orang
yang pernah melakukan perbuatan jahat atau mencuri walau ke mana dia pergi akan
dikenali orang juga
Umpama gantung tidak bertali
Perempuan
atau isteri yang ditinggalkan suaminya.
Umpama duduk di atas duri
Risau
dan gelisah tidak menentu kerana sesuatu sebab
Umpama durian dengan mentimun,menggolek
binasa,kena golek pun binasa
Orang
yang lemah atau tidak mempunyai kuasa
Umpama garam jatuh ke air
Memberi
nasihat kepada orang yang menerimanya dengan ikhlas
Umpama gergaji dua mata
Orang
yang menyebelahi dua belah pihak,akhirnya mendapat keuntungan daripada
kedua-dua pihak
Umpama kayu lampung,belum ditolak sudah
condong
Orang
yang bodoh,penakut dan mudah digertak dan mengikut perintah
Umpama lebah,mulut membawa madu,buntut
membawa sengat
Perempuan
yang cantik tetapi berperangai jahat
Umpama memerah nyiur,santan diambil
hampas dibuang
Percakapan
orang mestilah diteliti,ambil yang baik dan benar sahaja
Umpama pisau di tangan kanan,mentimun di
tangan kiri
Orang
kaya,berkuasa dan berpengaruh bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati
mereka
Laksana golok kayu,ditetak tak
makan,dijual tak laku
Pelajaran yang tidak
sempurna itu merugikan atau sia-sia sahaja
Umpama harapkan pagar,pagar makan padi
Harapan
diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang
merosakkannya