KATA HUBUNG
PENGGUNAAN KATA HUBUNG
dan
•
Tugas dan fungsi: penghubung satuan bahasa (kata,
frasa, klausa dan ayat) yang setara, yang termasuk dalam jenis yang
sama serta memiliki fungsi yang tidak berbeda.
•
Contoh:
*
Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka.
*
Ali dan Lim ke sekolah dengan basikal.
*
Emak membeli ikan dan udang
serta
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan
perbuatan atau sifat.
•
Contoh:
*
Hang Jebat melompat serta menghunus keris.
*
Isterinya rajin serta gigih.
*
Pakaiannya kemas serta anggun.
*
Hang Tuah menangkis serta menikam.
lalu
•
Tugas dan fungsi: menggabungkan dua perbuatan
yang berlaku berturut-turut.
•
Contoh:
*
Orang itu bangun lalu keluar.
*
Ia mengejar pencuri itu lalu menangkapnya.
*
Tun Teja menangis lalu turun ke taman.
*
Dia menengking lalu menumbuk meja.
atau
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan pilihan antara
beberapa hal atau perkara.
•
Contoh:
*
Anda akan bermalam di rumah kawan atau hotel?
*
Tuankah atau saya yang harus pergi ke bulan.
*
Anda boleh memilih buletin atau surat akhbar.
tetapi
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan perkara yang
berlainan.
•
Contoh:
*
Budak itu pandai tetapi malas.
*
Adik Lina telah besar tetapi belum boleh bercakap.
*
Orang itu berkelulusan tinggi tetapi kelakuannya
tidak senonoh.
*
Rumahnya besar tetapi kurang selesa.
*
Orang itu miskin tetapi tidak kedekut.
melainkan, kecuali
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan kekecualian
•
Contoh:
*
Dia akan dihukum melainkan / kecuali dia dapat membuktikan
bahawa dia tidak
bersalah.
*
Mereka bekerja tiap-tiap hari melainkan / kecuali
hari Ahad.
*
Mahasiswa itu datang ke kuliah setiap hari melainkan / kecuali
dia sakit.
supaya, agar
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan tujuan atau
harapan, mudah-mudahan sampai pada maksudnya.
•
Contoh:
–
Ia makan ubat supaya
cepat sembuh.
–
Kami mesti meningkatkan pengeluaran barang
itu supaya harganya turun.
–
Ia belajar dengan tekun agar mendapat kejayaan kelak.
sambil
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan
perbuatan atau peristiwa yang bersamaan; sembari.
•
Contoh:
*
Dia mengucapkan selamat tinggal sambil melambai-lambaikan
tangannya.
*
Ia berkata sambil menyerahkan bungkusan itu.
*
Sambil bekerja, saya mencuri pandang ke
arahnya.
*
Dia membaca buku sambil mendengar radio.
manakala
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan masa dan hal
yang bertentangan.
•
Contoh:
*
Manakala hari telah senja, burung-burung pulang
ke sarang.
*
Ia berehat-rehat sahaja, manakala orang lain
sibuk bekerja.
*
Pak Kaduk bersorak dengan hebatnya, manakala si
Luncai terjun dengan labu-
labunya.
jika, kalau, jikalau,
sekiranya
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan syarat
•
Contoh:
*
Jika hari hujan, saya tidak akan pergi ke sana.
* Jikalau sudah lewat, naiklah teksi.
*
Kalau boleh saya akan menyertai rombongan itu.
*
Sekiranya engkau pergi dahulu…
*
Kahwinlah sampai empat sekiranya mampu.
kerana
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan sebab atau
alasan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.
•
Contoh:
*
Ia lambat ke kuliah kerana ketinggalan bas.
*
Dia sakit hati kerana perbuatan kamu.
*
Mahasiswa itu kecewa amat kerana sudah jatuh
ditimpa tangga.
*
Kerana gagal dalam peperiksaan, mahasiswa itu
membunuh diri.
apabila, sementara, semenjak,
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan masa
•
Contoh:
*
Rumah itu sudah hangus terbakar apabila pasukan
bomba tiba.
*
Carilah kerja sementara menunggu keputusan STPM
anda.
*
Semenjak didenda oleh ayahnya, Ali tidak berani
merokok lagi.
Sebelum, setelah
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan masa sesuatu
perbuatan atau peristiwa.
•
Contoh:
*
Saya akan menemui orang itu sebelum pukul tiga
pagi.
*
Setelah bertikam dengan hebatnya, Hang Jebat pun
tewas.
*
Mahasiswa itu menjeling dengan jelingan membunuh sebelum
meninggalkan
dewan.
*
Orang itu tertidur setelah penat bekerja
sampai, sehingga
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan had atau kadar
•
Contoh:
*
Saya menunggu kedatangannya sampai senja.
*
Ia bekerja kuat sehingga badannya berpeluh.
*
Dia menjerit sampai suaranya serak.
*
Kusangka panas sehingga petang…
selagi
•
Tugas dan fungsi: menunjukkan sesuatu hal
yang masih belum berhenti.
•
Contoh:
*
Saya tidak akan meletakkan jawatan selagi saya
mendapat sokongan anggota parti.
*
Mereka tidak akan melabur di negara ini selagi
keadaan politik tidak stabil.
*
Selagi hayat dikandung badan, cintaku padamu
akan tetap menyala.
No comments:
Post a Comment