KATA TANYA
• Kata
yang digunakan untuk menanya sesuatu, iaitu yang berupa permintaan, keterangan dan
penjelasan.
• Dalam
ayat, kata tanya hadir sebagai sebahagian predikat, dan partikel kah boleh
hadir dengan kata tanya yang dikedepankan.
• Contoh:
mengapa (sebab apa, apa fasal, apa sebab), berapa (jumlah, besar, bilangan,
harga, tinggi…), bila (waktu, masa, ketika, kapan), bagaimana (hal, proses).
*
Mengapakah dia termenung?
*
Isterinya berapa orang?
*
Bilakah kita akan bahagia?
*
Anda hendak ke sana, bagaimana?
• Terdapat
juga kata ganti nama yang berfungsi sebagai kata tanya, seperti apa, siapa,
mana dan di mana.
• Contoh:
*
Yang bergerak-gerak di dalam kain itu apa?
*
Mahasiswa itu siapa?
*
Mereka itu dari mana?
*
Apakah yang kamu bawa itu?
*
Siapakah nama anda?
*
Di manakah akan kucari ganti…
No comments:
Post a Comment