Saturday, July 14, 2012

Nilai Murni Amalan Baik

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Maria   : Alia tidak datang ke sekolah hari ini?
Linda   : Tidak. Kamu tidak tahukah bahawa ibunya  ditahan  wad sejak   kelmarin.  Dia
              menghidap barah.
Maria   : Yakah?  Saya   tidak   tahu   langsung  tentang    hal   itu.
Linda   : Ibunya sudah lama menghidap  penyakit ini. Alia memberitahu saya  bahawa  ibunya
              tidak dapat   menjalani  pembedahan  kerana   belum  cukup  wang.
Maria   : Kasihan Alia. Tentu   mereka   dalam kesusahan  sekarang.  Apa pendapat kamu jika
              kita mengadakan kutipan derma untuk membantu ibu Alia?
Linda   : Bagus sekali cadangan kamu   itu.  Tapi  saya  rasa  elok kita bincangkan  hal ini dengan
              Cikgu Siti. Dia dapat memberikan tunjuk ajar kepada kita tentang cara-cara untuk
              menjalankan rancangan kita ini dengan lancar.
Maria   : Yalah. Mari kita menemui Cikgu Siti. Dapat kita berbincang dengan beliau perkara ini.

Contoh Jawapan
Sikap  Maria    dan  Linda  yang  mengambil berat  akan  kebajikan rakan perlu  kita amalkan.     Selain itu  mereka  prihatin   dengan nasib rakan  yang   ditimpa  kesusahan.  Ayu  beruntung kerana  mendapat rakan yang  tidak mementingkan  diri  dan  bertanggungjawab   untuk  membantunya   dengan   mengutip   derma. Sikap Maria dan Linda bekerjasama untuk membantu rakan  perlu kita contohi. Mereka juga menghormati pandangan orang lain yang lebih dewasa supaya apa yang dirancang terlaksana.




Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Penduduk  Taman  Muhibah hidup  bagai   air dengan  tebing.  Jika ada  majlis kenduri-kendara,  mereka bermuafakat  dan   membantu tuan   rumah  yang mengadakan   majlis   tersebut.

            Ketika jambatan di kampung mereka runtuh, mereka membaiki jambatan tersebut. Mereka tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Mereka  juga sentiasa mengadakan  gotong-royong  bagi  membersihkan kawasan  kawasan kampung.  Mereka   sedar  bawaha rakyat yang sihat lahir daripada negara yang bersih.

            Selain itu, penduduk Taman Muhibah juga menggunakan masa yang terluang untuk membuat kerja-kerja yang berfaedah. Ada yang bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, ada juga penduduk yang menjalankan perusahaan kecil seperti memproses ubi  kayu dan   menghasilkan kraf   tangan  daripada  bahan  terbuang. Kita patut  mencontohi  sikap   penduduk   Taman  Muhibah.

Contoh Jawapan:

            Nilai murni   bekerjsama  dalam  melakukan   sesuatu  pekerjaan  dapat membantu   menyelesaikan  sesuatu pekerjaan  dengan  cepat. Kita juga  haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong ketika kenduri-kendara dapat meringankan beban orang lain. Mengamalkan kebersihan fizikal dan mental menjamin kita sihat jasmani dan rohani. Selain itu kita perlu menghargai masa kerana masa ibarat emas. Kita juga hendaklah rajin berusaha agar hidup kita senang di kemudian hari.






Contoh Soalan Amalan Baik /Nilai Murni:

Latif bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Latif mengemaskan bilik tidurnya. Selepas itu, Latif akan ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama ayah dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan ayahnya. Latif juga membawa bekal yang disediakan oleh ibunya. Latif dan kakaknya berjalan kaki ke sekolah. Latif memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas. Sekiranya dia sampai awal di sekolah,dia membaca buku di kantin.

           
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pulang dari sekolah Aiman terus menukar bajunya. Dia membasuh tangan sebelum makan. Selepas berehat,dia menyiapkan kerja-kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
            Kemudian dia berehat di halaman rumahnya.Dia melihat pokok bunga yang ditanam oleh ibunya kelihatan layu.Tanpa berlengah,dia terus mengambil air lalu menyiramnya.
            Tidak lama kemudian, ayahnya pulang dari pejabat.Aiman bergegas membuka pintu pagar. Dia terus mendapatkan ayahnya lalu bersalam dengan ayahnya. Dia ke dapur untuk mengambil minuman untuk ayahnya.










Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Azmi bekerja di sebuah bengkel kereta. Pemilik bengkel itu amat menyayanginya kerana dia seorang pekerja yang tidak banyak memberikan masalah kepada majikannya. Azmi jarang mengambil cuti, malahan dia selalu bekerja lebih masa. Tugasnya dibuat dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Kebanyakan pelanggan Encik Lim kerap memuji hasil kerja Azmi.
            Azmi juga disenangi oleh rakan-rakannya. Setelah siap kerjanya, dia akan menolong rakan-rakan yang lain. Walaupun berlainan bangsa dan agama , Encik Lim  akan mengingatkan Azmi untuk berhenti solat apabila sampai waktunya.
            Sekiranya beliau mempunyai urusan luar, Azmi akan mengambil alih tugas-tugasnya.  Walaupun  Azmi dilantik sebagai ketua di bengkel tersebut tetapi dia tidak pernah bersikap sombong terhadap rakan-rakannya. Sebagai ketua, dia sentiasa memastikan semua pekerja bekerja dengan selesa dan selamat. Azmi sentiasa mengingatkan mereka supaya  memberi perkhidmatan terbaik kepada  pelanggan mereka.
Menyenaraikan nilai dan menuliskan huraiannya dalam bentuk positif.
Nilai

Sebab/Situasi
berdisiplin

tidak banyak memberikan masalah kepada majikannya
rajin

jarang mengambil cuti, malahan bekerja lebih masa
bertimbang rasa

setelah siap kerjanya, dia akan menolong rakan yang lain
prihatin

mengingatkan Azmi untuk berhenti solat apabila sampai waktunya.
bertanggungjawab

memastikan semua pekerja bekerja dengan selesa dan selamat


Contoh jawapan
Berdasarkan petikan, saya dapati kita hendaklah mengamalkan sikap berdisiplin seperti Azmi yang tidak memberikan maalah kepada majikannya. Selain itu  sikap rajin Azmi yang jarang mengambil cuti  dan bekerja lebih masa perlu kita contohi. Di samping itu  sikap  prihatin  perlu diamalkan seperti  Encik Lim yang  mengingatkan pekerjanya  supaya solat .  Akhir sekali, kita mestilah bertanggungjawab dengan memastikan pekerja bekerja dengan selesa dan selamat.
Tuliskan beberapa nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Taman Seri Lambak merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat menjadikan tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat.


    




bersikap rajin
berjimat
bersabar








Kita



harus
perlu
mesti
hendaklah

bersikap jujur
bertanggungjawab
bekerjasama
berdikari
menjaga kebersihan
menjaga kesihatan
sayang akan
menghormati orang
menepati masa









seperti /
dengan
(contoh daripada teks)





agar
supaya
kerana




Beberapa nilai murni yang saya peroleh berdasarkan  petikan di atas ialah kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal kita. Kita juga mesti hidup bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Kita digalakkan prihatin terhadap jiran yang berdekatan dengan rumah kita supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.Kita patut menjaga kesihatan diri kita dengan bersenam.Kita digalakkan bersikap baik hati dengan menabur bakti kepada masyarakat supaya kita dihormati.


No comments:

Post a Comment