Perbilangan
A
Air dalam berenang, air dangkal bercebok
Berbelanja
biarlah mengikut kemampuan
Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali
tiba
Kebijaksanaan
dan kepintaran tidak akan ada
dengan sendirinya tetapi datang
beransur-ansur
setelah berusaha barulah dapat digenggam
Angin tak dapat ditangkap; asap tak dapat
digenggam
Rahsia
akan tetap bocor
Apa kurang ada belida; sisik pun ada;
tulang pun ada
Cukup
serba serbi
Arang habis besi binasa, tukang hembus
penat sahaja
Pekerjaan
atau perbuatan sia-sia
Asal ayam hendak ke lesung; asal itik hendak ke perlimbahan
Sifat-sifat
dan tabiat semula jadi sukar diubah
Asal besi pengapak kayu; asal emas menjadi
pendok
Tingkah
laku menunjukkan jenis orang
B
Bagai sirih; menjalar dahulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke puncak junjung
Buat
kerja ikut aturan
Batu kecil berguling naik; batu besar
berguling turun
Orang
yang hina boleh menjadi mulia disebabkan
harta, dan sebaliknya
Batu
yang keras air pelekuknya; hati yang kerasa lidah pelembutnya
Kata
–kata yang lembut dapat memujuk hati
yang keras
Berjalan peliharalah kaki, bercakap
peliharalah lidah
Hendaklah
berfikir semasak-masaknya apabila melakukan sesuatu tindakan agar tidak
mendatangkan masalah
Beranak kandung, beranak tiri; ada bersudu
daun labu, ada bersudu daun lalang
Sikap
tidak adil
Bergalah ke hilir, ketawa buaya; bersuluh
di bulan terang, tertawa harimau
Perbuatan
bodoh ditertawakan orang
Berketak ayam mandul: orang berketak dia
berketak, orang bertelur ia tidak
Orang
bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, nasibnya tidak berubah.
Bermimpi mendapat emas; tidakakan membuat pura,
tidak akan membuat lombong
Setakat
mimpi tidak ada kesannya, melainkan diusahakan
Berpaut tak bertali, berpanggang tidak
berapi
Seseorang
isteri yang telah lama minta diceraikan tetapi belum terlaksana
Berserah berkebilan, berpesan berturutan, bertaruh
dipermalam
Jangan
mudah percaya kepada sesiapa walaupun orang itu paling kita percayai
Bersunting bunga keduduk; berdiri tidak
sama tinggi, duduk tidak sama rendah
Suami
isteri yang tidak sedarjat keturunannya
Bertali boleh diheret, bertambah boleh
dijinjing
Sesuatu yang telah mempunyai pedoman yang
lengkap
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali
Melakukan
kebaikan biarlah sederhana tetapi jangan skali-kali melakukan kejahatan
D
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke
perdu juga
Kasih
kepada anak sendiri dengan kasih kepada
anak orang lain tidak sama
Digengam takut mati, dilepas takut terbang
Seseorang
yang berasa serba salah dalam memilih sesuatu
Di mana tembilang terhentak, di sana
tenaman tumbuh
Menyelesaikan
sesuatu perkara di tempat perkara itu terjadi
Dianjak layu, dianggur mati
Sesuatu
yang tidak boleh diubah, kalau diubah akan buruk akibatnya
Dijunjung merekah kepala, dipikul merekah
bahu
Seseorang yang lemah tidak boleh membuat apa-apa
perkerjaan pun
E
Elok kata alam muafakat, buruk kata di
luar muafakat
Keputusan
yang dibuat melalui proses perundingan lebih baik daripada keputusan yang
dibuat sendiri
G
Gajah mati meninggalkan gading, harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang
yang berjasa apabila mati dikenang selama-lamanya
Gayung bersambut, kata berjawab
Mengelakkan
serangan musuh atau menjawab percakapan orang
H
Habis geli oleh geletek: habis bisa oleh
biasa
Apabila
sudah biasa, susah pun tidak terasa lagi
Hancur badan dikandung tanah, budi yang
baik dikenang juga
Budi
bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun orangnya telah meninggal dunia
Hang tak kurang sanggul; aku tak kurang
tengkolok
Jikalau
dia boleh cari lain, kita pun boleh cari lain
Hangus tidak berapi; karam tiada berair
Derita
yang tidak kelihatan
Harapkan guruh dilangit, air tempayan
dicurahkan
Mengharap
rezeki yang banyak tiba, rezeki yang sedikit dihabiskan
Hasrat nak peluk gunung, apakan daya
tangan
tak
sampai
Tidak
berdaya mencapai apa-apa yang dihajati
atau dicita-citakan
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Selagi
hidup tidak akan lari daripada adat
Hilang rona kerana penyakit; hilang bangsa
tidak berwang
Bangsa
yang miskin dihina orang
Hutang biduk belum langsai; hutang
pengayuh tiba pula
Hutang
lama belum dibayar, hutang baru sudah ditagih
Hendak kaya berdikit-dikit; hendak tuah
bertabur urai; hendak berani berlawan ramai
Jikalau
hendak kaya mesti berjimat; jikalau hendak tuah, mesti murah hati; jikalau
berani, mesti selalu mencuba
Hilang rona kerana penyakit; hilang bangsa
tidak berwang
Bangsa
yang miskin dihina orang
I
Ibarat dedalu api hinggap ke pohon kayu;
hinggap di batang, mati batang, hinggap di ranting, ranting patah
Orang
jahat, ke mana pergi, dia menyusahkan orang
baik-baik
Ibarat kayu besar di tengah padang; tempat
bernaung kepanasan tempat berlindung, kehujanan
Pemimpin
yang baik
Ikut hati
mati, ikut rasa binasa
Orang
yang mengikut hawa nafsu atau kata hati akan memusnahkan diri sendiri
J
Jerih menentang boleh; rugi menentang laba
Menolong
sebab mahu ditolong
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh
disuruh arah
Setiap
orang ada peranan yang sesuai dengan dirinya
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan ; setidak-tidaknya bertempiaran
kelak
Jangan
diizinkan lelaki jahat datang ke rumah, demi keselamatan isteri dan anak
perempuan
Jika sengaja hendak bercekak pinggang,
tinggallah rebana beralih ke gelanggang;tidak tahu pipit tidak tahu enggang,
yang rapat kelak jadi renggang
Apabila
sengaja mencari perselisihan, hidup menjadi porak peranda
K
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kalah
atau menang dalam sesuatu pergaduhan tidak
akan menguntungkan mana-mana pihak
Kail berumpan, berkata bertipuan
Kalau
pandai menjaga hati orang, tentu dapat apa yang dihajati
Karam di laut boleh ditimba, karam dihati
bilakan sudah
Kesusahan
seseorang yang berpanjangan
Ke langit tak sampai, ke bumi tak jejak
Sesuatu
pekerjaan yang dilakukan separuh jalan
Kecil jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa
Pengetahuan
bukan sahaja ada pada orang tua, tetapi pada orang muda juga
Kera lotong makan; tupai di julai timpa
perasaan
Orang
besar-besar hidup mewah, orang kecil-kecil hanya melihat
Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja
beransur tidak bertahan
Kerja
yang selalu bertangguh akan terbengkalai
Kerja raja dijunjung, kerja sendiri
dikelek
Mengutamakan
kerja orang lain daripada kerja sendiri
Kesat-kesat daun pimping; jikalau kesat
daun labu boleh dicelur
Walaupun
miskin dan tidak berilmu, apabila baik perangai, ada gunanya
Khabar jauh didengar-dengar-khabar dekat
difikir-fikirkan
Sesuatu
berita yang baru didegnar mestilah diselidik dahulu akan kebenarannya
Kuah sama dihirup, kubur masing-masing
Sama-sama
susah, sama-sama senang
Kuman diseberang lautan tampak; gajah
dipelupuk mata tiada tampak
Mudah
melihat salah orang, sukar melihat salah sendiri
Kurang-kurang bubur; lebih-lebih sudu
Banyak
sangat masuk campur atas perkara kecil
Kutu mati di atas kepala; tuma mati di tepi kain
Jikalau
mati, biarlah mati di tempat baik dan dimi tujuan yang baik
L
Labu tak melata ke hulu, kundur tak melata
ke hilir
Orang
yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain
Lain biduk lain digalang lain bengkak lain
menanah
Seseorang
menerima padah akibat kesalahan yang dilakukan orang lain
Langit berkelikir bumi bertemberang:
salah-salah fikir, jadi hamba orang
Apabila
tidak berfikir dengan bijaksana, padah akibatnya
Lengkuas di tepi kandang, tekak puas badan
menyandang
Sesiapa
yang bersalah akan menerima akibatnya
Laut mana tidak berombak; bumi mana tidak
ditimpa hujan
Tidak
ada keadaan yang tidak ada cacat celanya
M
Mahal imam murahlah khatib; mahal demam murahlah sakit
Tidak
ada siapa suka sakit, tetapi sakit tidak dapat dielak
Malam berselimut embun siang berselimut awan
Seseorang
yang sangat miskin
Malang celaka Raja Genggang; tuak terbeli,
tunjang hilang
Mendapat
apa yang dihajat, tetapi hilang pula apa yang ada
Mengata dulang paku serpih, mengata orang
dia yang lebih
Menegur
keburukan orang lain sedangkan keburukan sendiri lebih teruk
N
Nak tahu jahat teman tanyalah seteru; nak
tahu baik teman tanyalah sahabat
Kawan
tahu baik kawan, lawan tahu jahat lawan
Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa
Menghargai
budi orang dan membalas budi dengan budi
O
Orang kenyang dijamu; lauk sedap dikatakan
tawar
Berbuat
baik tidak kena pada tempatnya
P
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Tidak
membuang masa
Panas setahun, hujan sehari; liput tanjung
dengan pulau
Oleh
sebab salah sedikit, habs dilupakan segala kebaikan yang ada
Pantang kutu dicukur, pantang manusia
dihina
Jangan sekali-kali
menghina orang
Patah dahan tempat bernaung;patah lantai
tempat berpijak
Hilang
tempat berlindung
Patah lidah alamat akan kalah; patah keris
alamat akan mati
Tidak
dapat meneruskan kerja apabila kehilangan alat
Payah-payah dilambung ombak, tercapai juga
tanah di tepi
Selepas
bersusah payah akhirnya tercapai juga cita-cita
Pesan dituruti; petaruh dimalami; berserah
berkehendak
Tidak
berapa percaya
Pipit tuli makan berhujan; tidak dihalau
padi habis; hendak dihalau kain basah
Dibuat
susah, tidak dibuatpun susah
Putih tulang dikandung tanah; budi baik
dikenang juga
Selepas
mati, yang tetap dikenang ialah jasa baik
R
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Keuntungan
tidak perlu dilepaskan dan kerugian jangan diundang
Rugi menentang laba; jerih menentang boleh
Bersusah
payah sebelum senang
Rumpun bagai serai, seliang bagai tebu
Bermuafakat
dalam segala hal
S
Sepuluh kali diukur, sekali dikerat
Bekerja
dengan teliti
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tidak berguna
Apabila
hendak melakukan sesuatu hendaklah difikirkan dengan baik dan buruknya
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak
berguna lagi
Setelah
mendapat sesuatu yang baru, yang lama terus dibuang
Sudu-sudu di tepi jalan, dipanjat kena
durunya. Disinggung kena rebasnya, ditarik kena getahnya
Seseorang
yang tidak mengaku kalah
Seutas rotan ditarik; bergegar hutan
belukar;riuh bunyi kera dan lotong
Apabila
seorang dianiaya ; semua keluarga bertindak
Si tidur makanan si jaga; si bingung
makanan si cerdik
Orang
yang lemah menjadi mangsa kepada yang kuat
T
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah
Apabila
kita memutuskan sesuatu perkara hendaklah dilakukan seadil-adilnya sehingga orang lain berpuas hati
Tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek
panas
Sesuatu
yang masih elok walaupun masa telah lama berubah
Terkena pada ikan bersorak; terkena pada batang, masam
Apabila
berkawan hendak untung sahaja tidak mahu rugi
Terlampau duka terurai buntil; terlampau
suka terurai rahsia
Apabila
susah terjual barang simpanan, apabila suka terbuka rahsia
Terpijak tanah kapur, putih tapak,
terpijak tanah arang, hitam tapak
Buat
baik, baiklah balasannya, buat jahat, jahatlah balasannya
Tertangguk pada ikan dikerutungkan,
tertangguk pada ular dikeruntungkan juga
Lepas
muafakat, buruk baik diterima sahaja
Tertangkup sama termakan tanah; terlentang
sama terminum air
Senang
sama senang; susah sama susah
Terung buah tergantung; lobak buah
berlindung
Ada
yang suka mempamerkan kekayaannya; ada yang suka menyembunyi-kannya
Tolak tangga berayun kaki; peluk tubuh
mengajar diri
Membuang
kesenangan
U
Umpama disangka langit itu rendah;
dipandang dekat, dicapai tidak kena
Disangka
dapat dibuat, rupa-rupanya tidak
Umpama ditangkap buaya, nampak riaknya;
ditangkap malas tidak bertanda
Sifat
malas baru nampak, setelah disuruh
membuat kerja
Umpama dulu buah daripada bunga;dulu duduk
daripada cangkung
Membuat
kerja tidak ikut peraturan
Umpama genting menanti putus; biang
menanti tembuk
Konflik
yang kritikal
Umpama perut kenyang lapar tak hilang; minum sejuk haus tak lepas
Susah
dipuaskan hatinya
Umpama sirih; menjalar dulu kemudian
melilit, barulah memanjat puncak junjung
Membuat
sesuatu ikut peraturan
Umpama tembilang, umpama penggali;umpama
yang hilang begitu pengganti
Yang
mengganti sama baik dengan yang hilang
Y
Yang ditakuk ditebang, yang bergaris yang
dipahat
Setiap
orang itu harus dilaksanakan mengikut peraturan masing-masing
No comments:
Post a Comment